LABUAN: Kebanyakan kedai makan di pulau bebas cukai di sini mula menguatkuasakan peraturan baharu membenarkan hanya individu yang menerima vaksinasi lengkap boleh makan di premis (dine in) sejak minggu lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Labuan Rithuan Ismail berkata Taklimat Zon Hijau Labuan Bebas COVID-19 diadakan pada Jumaat lepas (6 Ogos) bersama Dewan Perniagaan Cina Labuan (LCCC), Dewan Perniagaan dan Perusahaan India Labuan serta kira-kira 100 komuniti perniagaan.
"Peraturan tersebut akan membantu kelangsungan operasi perniagaan mereka.
"Kita tidak tahu jangkitan mungkin boleh berlaku daripada pelanggan yang tidak divaksin dan ini juga akan dapat membantu Labuan menuju ke zon hijau COVID-19," katanya kepada Bernama pada Isnin.
Pengarah Urusan Living Room, restoran dan bistro terkenal di Labuan, Balvir Singh berkata peraturan baharu itu sangat membantu pasukan petugas COVID-19 Labuan mengekang penyebaran wabak tersebut.
"Kami turut berkewajipan membantu pasukan petugas COVID-19 Labuan dalam mengekang pandemik yang masih belum berakhir ini.
"Kami rasa peraturan ketat yang baru kami laksanakan hari ini akan membantu mereka yang masih 'di atas pagar' untuk segera mendapatkan suntikan vaksin," katanya ketika dihubungi.
Balvir yang juga ahli jawatankuasa Dewan Perniagaan dan Perusahaan India Labuan berkata, kakitangannya di Living Room telah divaksin sepenuhnya.
Tinjauan Bernama di restoran termasuk kedai makan menjual sup ikan di kompleks perniagaan Paragon juga mendapati mereka mengenakan peraturan baharu itu dan setakat ini tidak mendapat sebarang aduan daripada pelanggan.
Pemilik restoran lain pula berkata mereka akan memeriksa status vaksinasi pelanggan di pintu masuk melalui aplikasi MySejahtera pada telefon pintar masing-masing, selain sijil vaksinasi bercetak juga diterima.
Kebanyakan kedai makan menetapkan peraturan membenarkan hanya dua orang untuk makan dan ini termasuk rangkaian restoran makanan segera McDonald's, Pizza Hut, Domino's dan KFC.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pengumuman khas semalam berkata makan di premis dibenarkan bagi individu yang telah lengkap divaksin bermula 10 Ogos di negeri-negeri yang telah beralih dari Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 09 2021
Balvir Singh berkata peraturan baharu itu sangat membantu pasukan petugas COVID-19 Labuan mengekang penyebaran wabak tersebut. -BERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 21 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia, Thailand buat perhitungan di final double, regu
Skuad negara berjaya mencapai sasaran layak ke final acara regu dan double divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.
10 Berita Pilihan - (21 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Penyasaran subsidi: Satu langkah berani diambil kerajaan - Prof Jomo
Prof Jomo juga melihat pendekatan tidak melaksanakan penyasaran subsidi secara mengejut atau sekali gus itu suatu yang penting.
Buletin AWANI Khas: Perutusan Negara oleh Perdana Menteri
Ikuti secara langsung diskusi sempena Perutusan Negara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Buletin AWANI Khas, bersama Penasihat Penyelidikan, Khazanah Research Institute, Prof. Dr Jomo Kwame Sundaram.
Lelaki Britain, 73 tahun individu yang maut dalam insiden gelora udara pesawat SIA
Insiden melibatkan pesawat dengan nombor pendaftaran SQ321 itu turut mengakibatkan tujuh penumpang lain berada dalam status kritikal akibat kecederaan yang dialami.
AWANI Ringkas: Perketat kawalan premis kerajaan, tumpuan awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penyasaran subsidi tidak harus bebankan rakyat terbanyak - PM
Kerajaan tidak mampu memberi subsidi kepada golongan mahakaya dan warga asing kerana hasil usaha penyasaran subsidi diesel, jumlah penjimatan dijangka (secara kasar) sekitar RM4 bilion setahun.
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi ke atas bahan api - PM
Penyasaran subsidi akan mula dilaksanakan ke atas bahan api
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
Kampung Angkat Madani Jabatan Wilayah Persekutuan fokus pembangunan modal insan
Membantu penduduk di kampung yang terpilih dapat meneruskan kelangsungan hidup tanpa bergantung kepada kerajaan semata-mata.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Kabel bawah tanah rosak punca Labuan bergelap 20 jam
Kerosakan kabel bawah tanah milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) punca sebahagian Pulau Labuan bergelap selama 20 jam kelmarin.
Tiga pasukan petugas ditubuh pacu ekonomi Labuan
Tumpuan terhadap pembangunan pelancongan, pembinaan jambatan Labuan-Menumbok dan meningkatkan aktiviti pemindahan kargo kapal ke kapal.
Catuan bekalan elektrik di Sabah, Labuan babitkan 105,628 pengguna - SESB
Masalah itu terjadi disebabkan penjana kuasa bebas (IPP) Teluk Salut dan Rugading mengalami masalah teknikal.
SESB laksana catuan elektrik di Sabah dan Labuan
Situasi itu menyebabkan berlaku kekurangan kapasiti penjanaan sebanyak 967MW berbanding permintaan ketika waktu puncak iaitu 1,001MW.
Kilang kayu terbakar di Labuan
Sebuah kilang kayu dan pembuatan perabot, Seng Seng Woodwork Co yang beroperasi lebih tiga dekad, musnah dalam kebakaran hari ini.
Imigresen tahan enam pendatang tanpa izin di Labuan
Jabatan Imigresen (JIM) Labuan menahan enam pendatang tanpa izin dalam operasi dijalankan pada Khamis lepas dan semalam.
Pelaksanaan SST, tambang feri Labuan naik enam peratus
Tambang feri di Labuan akan mengalami sedikit peningkatan berikutan pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang berkuat kuasa hari ini.
Bangkai penyu hijau ditemukan di Pantai Nagalang
Bangkai spesies haiwan laut terancam itu ditemukan oleh staf restoran dan disyaki telah mati beberapa hari sebelumnya.